Sunday, 14 August 2011

Ramadhan datang lagi!!


OK!! hari dah masuk minggu ke-2 bulan Ramadhan,(tapi baru nak post pasal puasa)..ngeh2~~..admin busy,,takpelah janji ada..so, admins nak ucap selamat berpuasa untuk sape2 yang ada baca post ni dan harap2 kita bolah jadi manusia yang lebih baik dan dapat mendidik diri supaya lebih bertakwa Ramadhan ni & bukan cuma dapat letih+lapar+dahaga jer..sama-smalah kita berubah kepada peribadi diri yang lebih mantap!! Dan ingat satu lagi..bulan Ramadhan pesta ibadah, bukan pesta bazaar Ramadhan & pesta makanan! love you all!!
 ___________________________________________________________________________
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ramadan
Juga dinamakan Ramaḍān al-Karīm (Ramadan, bulan yang mulia)
Diraikan oleh Muslim
Jenis Islam, kebudayaan
Bermula pada 1 Ramadan
Berakhir pada 29 atau 30 Ramadan
Tarikh Berubah (mengikut kalendar qamari Islam)
Tarikh 2010 11 Ogos-9 September
Tarikh 2011 1-29 Ogos
Tarikh 2012 20 Julai-18 Ogos
Perayaan Iftar komunal
Amalan Puasa, zakat, Solat Tarawih, membaca al-Quran
Berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri, Lailatul Qadar, Nuzul Quran
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa [1]

No comments:

Post a Comment